Sunday, December 16, 2007

Tauhid Asas Kehidupan

Assalamualaikum wrh wbt... Hamdan wa syukran li Rabbil "alamin. amma ba'du...

Tauhid ialah mengenal allah Taala yang Maha Esa. Tauhid ialah tidak menyekutukan Allah dengan sebarang anasir mencangkupi ruang, tempat dan masa. Pendeknya, tauhid ialah menyucikan Allah dari anasir makhluk. Allah taala Khaliq (pencipta) sekali-kali tidak layak beserta dengan Allah sesuatupun dari makhlukNya. Allah Taala Esa, tiada sekutu bagiNya. Allah taala Maha Mulia, sedangkan kita Maha Nista.

tuan-tuan, makhluk dianggap takbur dan sombong apabila mengaku dirinya Tuhan. Ingatlah cerita Fir'aun, apabila dia berlagak sombong dengan mengakui bahawa dialah tuhan semesta alam. Maka datanglah Musa a.s, lantas menyanggah dakwaan Firaun, dan beliau menyatakan bahawa, firaun bukanlah tuhan tetapi Allahlah Tuhan semesta Alam. Ketakburan Firaun tidak terhenti di situ, lantas dipanggilnya Hamman, pembesar kesayangannya dan disuruh Hamman membawa tangga, agar dia dapat naik ke langit untuk melihat Tuhan Musa a.s. begitulah sombongnya Firaun, sehinggakan dia lupa bahawa dia hanyalah makhluk Allah yang hina dan nista.

tuan-tuan, Janganlah sekali-kali kita meletakkan makhluk sebaris dengan Allah. Jangan kita sekutukan Dia. Sucikanlah Allah dari segala tohmahan dan Syak pada kemuliaanNya. Jika tiada kasih sayang Allah untuk kita, nescaya kita akan menyesal di akhirat sana..

fikir-fikirkan lah sehingga jumpa lagi.. wassalam..

Monday, December 10, 2007

Kaca kehidupan

assalamualaikum... Syukur dan pujian selayaknya buat Allah. hari ini tulisan saya akan berkisar tentang kaca. sebut sahaja kaca, pasti ramai membayangkan sesuatu yang mudah pecah. memang benar, kaca cepat pecah. kalau pergi ke pasaraya, kita akan terdengar, si ibu menjerit pada anaknya "hati-hati! barang kaca tu, janagan buat pecah!" begitulah sensetifnya barang yang bernama kaca ini...

tuan-puan, hidup ini seperti kaca tersebut. kena hati-hati. kita tidak boleh main sembarono je. atau main terkam-terkam je. hati terdetik rasa nak buat, tanpa membuang masa kita terus melakukannya... Jangan macam tu tuan-tuan. kena tengok kesannya. macam kaca tadi, kalau tak hati-hati, jatuh terhempas dia. pecah berderai jadinya. kehidupan kita sebegitu. kalau tak hati-hati, nanti kita menyesal. hidup bukannya boleh diulang-ulang... ingat kisah paku yang diketuk? kita mengetuk paku di sebatang kayu. eh.. tersilap ketuk rupanya. kita menyesal. kita pun mencabut paku tersebut. Nah! memang betul paku itu tercabut, tetapi masih ada kesan pakunya... Contoh yang lain, kita pelajar yang baik. tetapi, pada suatu hari, kita mencuri. rakan-rakan menngetahui perkara itu. kepercayaan rakan-rakan terhadap kita sudah hilang. lantas, kita bertaubat. menyesal. Adakah kita akan mendapat kembali kepercayaan kawan kita tadi? walaupun kita sudah bertaubat, rakan-rakan sekeliling sudah tidak lagi mempercayai kita lagi.

tuan-tuan. hidup ini kaca. tatang ia sebaiknya. jangan biarkan ianya jatuh berkecai... Jangan kita langgari perintah agama. jangan kita pecahkan kepercayaan orang terhadap kita. jangan kita pecahkan janji kita dengan Tuhan. bukankah kita pernah berjanji di alam arwah dulu? Alastu birabbikum, bala syahidna. (Bukankah aku tuhanMu? bahkan, kami menyaksikan)

oleh itu tuan-tuan... jaga dengan sebaiknya janji kita.. jangan biarkan ia pecah berderai, seperti berkecainya cawan arcopal di rumah kita...

Saturday, December 8, 2007

Kitaran kehidupan

assalamualaikum... hamdan wa syukran lillah. pagi ini rasanya ingin menulis pasal kitaran kehidupan. Tuan-puan, hidup ini pada dasarnya selalu berpusing. sentiasa berbolak-balik. kekadang di atas, kekadang ke bawah. kekadang ke kanan, kekadang ke kiri. berpusing-pusing. kita akan berubah posisi. senang, lapang, muda, kaya semuanya akan berpusing nanti menjadi susah, sempit, tua dan miskin. ada kata-kata orang motivasi yang menyentuh persoalan ini tuan-puan, kata mereka "jangan sekali-kali kita selesa berada di zon selesa" em.. jangan kita tertipu dengan kehidupan. keselesaan tu rupanya bukan hakiki. terlalu selesa, sehinggakan sehinggakan kita tidak pernah merancang untuk masa depan..

dari sudut agamanya tuan-puan, ada signifikannya. jangan rasa selesa dengan amalan yang sudah dibuat. jangan rasa kita dah layak untuk syurga dengan amalan kita tu. tu namanya ujub. ujub kerana sudah merasa selesa dengan solat kita. rasa solat kita dah sempurna. sehinggakan jika orang menegur, rasa panas telinga kita. ataupun, rasa diri sudah cukup alim. bila ada orang laian yang bagi tazkirah kepada kita, lantas kita menjawab, walaupun di dalam hati " arhhhhh! tak perlu cakap lagi, semua itu aku dah tahu." itu sombong namanya tuan-puan.

kalau nak dibawa contoh, contoh dari al-quran adalah contoh yang terbaik. Iblis merasakan dirinya lebih mulia. rasa selesa dengan kedudukannya. lantas dia derhaka kepada perintah Rabbnya. iblis ingkar daripada sujud menghormati adam. dengan sombong iblis berkata, aku lebih baik, aku dari api, tetapi adam dari tanah. aku lebih mulia.

Nah tuan-puan... jangan diikuti gaya percakapan iblis yang sebegitu bongkaknya. Kita Fakir kepada Allah. Kita berhajat kepada ALlah. Allah Maha Kaya, kita Maha Nista. Kalau kita tidak sembah Allah sekalipun, Allah tetap Allah yang Maha Agung. Namun kalau Allah tidak curahkan kasihNya kepada kita, ke manakah lagi kita mahu mengharap kasih, kalau tidak kita damba dari hadratNya..

Ya Allah... engkau tujuanku selama-lamanya...

Friday, December 7, 2007

Air Kehidupan

assalamualaikum... kehidupan ini adalah umpama air. begitulah ungkapan seorang ustaz sewaktu kuliah subuh tadi. erm... macamana pulak ye. rupanya air itu bersifat berubah-rubah. kalau acuan tu berbentuk empat segi, air akan memenuhi ruang. kalau acuan 3 segi, akan jadi 3 segi. kalau oktagon, jadi oktagon. datanglah bentuk apa saja, air akan boleh berubah mengikut acuannya. macam tulah dunia kehidupan kita, kalau kita nak jadi jahat, dunia boleh berubah menjadi jahat untuk kita. kalau kita nak jadi baik, dunia akan berubah menyediakan kebaikan untuk kita. bukankah dunia sudah ditundukkan untuk kita? jadi, tak hairanlah, ada orang yang jahat sangat di dunia ini. jahat disini bermaksud jahat dengan Allah. Tidak taat kepada allah dan melanggar segala perintah yang diaturnya. jadi hidup ini jangan jadi jahat. kalau jahat, neraka arah tujuannya.

so, jgn jadi jahat ye. be nice person...

Thursday, December 6, 2007

Zikir kehidupan

Assalamualaikum Warahmatullah. Hamdan Wa Syukran Lillah, As-Solatu Wassalamu Ala Rasulillah... Amma Ba’du,

Saudara-saudari, teman seagama… Zikir adalah pengucapan. Zikir adalah ingatan. Zikir ertinya tidak pernah melupakan. Andai zikir selalu dialunkan, bermakna jiwanya menikmati kehidupan.

Kehidupan ini bukanlah suatu dongengan. Kehidupan ini adalah satu kenyataan. Dunia ini perjalanan bagi para pengembara yang meneruskan langkah-langkah pengembaraannya. Di dunia ini, kita terus meneruskan episod kehidupan kita. Bermula dengan kelahiran yang diiringi tangisan, kita terus mengembara di bumi asing ini. Terlalu asing. Tangisan itulah tandanya. Tangisan itulah alamatnya. Namun tangisan itu kian beransur reda apabila kita mula mengenali kehidupan kita. Pahit, manis, tawar, payau antara rasa-rasa yang mengiringinya. Hitam, putih, kelabu, ungu malah berbelang-belang adalah antara warna-warna yang mencorakkannya. Dan kita? Langkah-langkah terus disusun teratur, agar tidak tersesat di bumi allah yang menjadi pentas mengumpul bekalan untuk meneruskan perjalan.

Ingatlah janjimu yang dimetrai dengan Rabbmu suatu ketika dulu. Tatkala dirimu mengaku bahawa Allah yang Esa adalah Tuhanmu. Jangan terlalai, jangan terleka. Dunia ini besar pancarobanya. Dugaan hebat, godaannya kuat. Jika tiada pegangan yang kukuh, nescaya janjimu akan tergugat.

Fikirkan amalanmu sebelum meneruskan kembaramu menuju ke destinasi seterusnya.. fikirkanlah...