Saturday, December 8, 2007

Kitaran kehidupan

assalamualaikum... hamdan wa syukran lillah. pagi ini rasanya ingin menulis pasal kitaran kehidupan. Tuan-puan, hidup ini pada dasarnya selalu berpusing. sentiasa berbolak-balik. kekadang di atas, kekadang ke bawah. kekadang ke kanan, kekadang ke kiri. berpusing-pusing. kita akan berubah posisi. senang, lapang, muda, kaya semuanya akan berpusing nanti menjadi susah, sempit, tua dan miskin. ada kata-kata orang motivasi yang menyentuh persoalan ini tuan-puan, kata mereka "jangan sekali-kali kita selesa berada di zon selesa" em.. jangan kita tertipu dengan kehidupan. keselesaan tu rupanya bukan hakiki. terlalu selesa, sehinggakan sehinggakan kita tidak pernah merancang untuk masa depan..

dari sudut agamanya tuan-puan, ada signifikannya. jangan rasa selesa dengan amalan yang sudah dibuat. jangan rasa kita dah layak untuk syurga dengan amalan kita tu. tu namanya ujub. ujub kerana sudah merasa selesa dengan solat kita. rasa solat kita dah sempurna. sehinggakan jika orang menegur, rasa panas telinga kita. ataupun, rasa diri sudah cukup alim. bila ada orang laian yang bagi tazkirah kepada kita, lantas kita menjawab, walaupun di dalam hati " arhhhhh! tak perlu cakap lagi, semua itu aku dah tahu." itu sombong namanya tuan-puan.

kalau nak dibawa contoh, contoh dari al-quran adalah contoh yang terbaik. Iblis merasakan dirinya lebih mulia. rasa selesa dengan kedudukannya. lantas dia derhaka kepada perintah Rabbnya. iblis ingkar daripada sujud menghormati adam. dengan sombong iblis berkata, aku lebih baik, aku dari api, tetapi adam dari tanah. aku lebih mulia.

Nah tuan-puan... jangan diikuti gaya percakapan iblis yang sebegitu bongkaknya. Kita Fakir kepada Allah. Kita berhajat kepada ALlah. Allah Maha Kaya, kita Maha Nista. Kalau kita tidak sembah Allah sekalipun, Allah tetap Allah yang Maha Agung. Namun kalau Allah tidak curahkan kasihNya kepada kita, ke manakah lagi kita mahu mengharap kasih, kalau tidak kita damba dari hadratNya..

Ya Allah... engkau tujuanku selama-lamanya...

No comments: