Sunday, December 16, 2007

Tauhid Asas Kehidupan

Assalamualaikum wrh wbt... Hamdan wa syukran li Rabbil "alamin. amma ba'du...

Tauhid ialah mengenal allah Taala yang Maha Esa. Tauhid ialah tidak menyekutukan Allah dengan sebarang anasir mencangkupi ruang, tempat dan masa. Pendeknya, tauhid ialah menyucikan Allah dari anasir makhluk. Allah taala Khaliq (pencipta) sekali-kali tidak layak beserta dengan Allah sesuatupun dari makhlukNya. Allah Taala Esa, tiada sekutu bagiNya. Allah taala Maha Mulia, sedangkan kita Maha Nista.

tuan-tuan, makhluk dianggap takbur dan sombong apabila mengaku dirinya Tuhan. Ingatlah cerita Fir'aun, apabila dia berlagak sombong dengan mengakui bahawa dialah tuhan semesta alam. Maka datanglah Musa a.s, lantas menyanggah dakwaan Firaun, dan beliau menyatakan bahawa, firaun bukanlah tuhan tetapi Allahlah Tuhan semesta Alam. Ketakburan Firaun tidak terhenti di situ, lantas dipanggilnya Hamman, pembesar kesayangannya dan disuruh Hamman membawa tangga, agar dia dapat naik ke langit untuk melihat Tuhan Musa a.s. begitulah sombongnya Firaun, sehinggakan dia lupa bahawa dia hanyalah makhluk Allah yang hina dan nista.

tuan-tuan, Janganlah sekali-kali kita meletakkan makhluk sebaris dengan Allah. Jangan kita sekutukan Dia. Sucikanlah Allah dari segala tohmahan dan Syak pada kemuliaanNya. Jika tiada kasih sayang Allah untuk kita, nescaya kita akan menyesal di akhirat sana..

fikir-fikirkan lah sehingga jumpa lagi.. wassalam..

No comments: